Prank tutorial : Spirits of the coin..

amaran : entry ni mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan meyentuh aspek agama yang tidak keterlaluan..

assalammualaikum wbt..

Apa korang tau pasal prank? prank ni kalau ikut sejarah silamnya berasal dari kisah april fool tak silap aku..kat US pada setiap bulan april diorang akan sambut prank sepanjang bulan..prank dengan troll ni macam adik beradik la cuma prank ni lebih kasar guraunya..kehkehkeh..

Selalunya troll ni lebih bersifat statment menyerang, sindiran sinis, membahan, makan dalam, menganjing dan lain lain..prank pulak aku nampak lebih kepada mengenakan seseorang tu secara dekat yang bukan saja buat orang tu butthurt tapi rasa macam nak bagi penendang je terus kat orang yang prank dia.. kehkehkeh..

Macam macam cara prank ada..contoh rancangan prank yang ada kat TV yang tak keterlaluan macam Just for laughs Gags tu..yang rancangan melayu punya,wa kena beb! sebagai contoh..kalau nak tengok prank yang tahap wtf, korang cari la sendiri..

Aku sendiri ada pengalaman prank yang memang wtf..cerita ni cerita 10 tahun lepas time aku baru habis SPM..Aku dengan sorang kawan aku ni yang merupakan perancang utama dah plan nak kenakan sorang lagi kawan aku ni yang agak poyo la senang cerita..

Sebelum tu, korang tau pasal permainan spirits of the coin?..benda ni memang khurafat dan tahyul..kononnya main benda ni boleh panggil roh orang mati..kahkahkah.. benda ni la aku main dulu untuk kenakan kawan aku sorang ni..tapi yang aku main ni langsung takda pemujaan ataupon khurafat ok..tipu tipu je…insya’allah dosa aku menipu kawan aku tu ada,hehehe..tapi syirik aku rasa tak kot..mintak jauh la..

Prank ni memang susah nak buat,tapi kalau menjadi hasilnya memang superb..so aku cuba terangkan sejelas yang boleh untuk korang paham…kalau berani boleh cuba, sesuai untuk student dan boleh di kreatifkan lagi..hehe..

TERMA DAN SYARAT SEBELUM PRANK SPIRITS OF THE COIN

  • kumpulkan pelakon seramai 4 atau 5 orang..
  • pastikan semua jelas motif dan tau peranan masing2 (kena pandai berlakon)
  • cari tempat yang sesuai..(rumah kosong,pondok atau tanah perkuburan)
  • mesti buat waktu malam..
  • tak boleh pasang lampu..(pasang lilin je)
  • sediakan prop..kad spirit, duit syiling lama..kalau takda,duit syiling 50sen pon boleh..
  • nak kenakan orang hati mesti kering,berani,serius, walaupon korang mesti akan tergelak..

PERSEDIAAN SEBELUM PRANK

Pelakon mesti buat perbincangan sebelum jumpa mangsa..contoh untuk main spirit ni, korang yang terlibat dah bincang awal awal bila,kat mana,point prank,peranan pelakon,skrip mesti ready.

Bila dah ready semua, baru korang jumpa bakal mangsa tu sebelum waktu malam..ajak la mangsa minum ke apa ke dulu..time ni sorang pelakon mesti start bukak cerita untuk main spirit..

Dalam masa yang sama jugak pelakon ke2 mesti mengiyakan untuk main sama..

Tapi pelakon ke-3 dan ke-4 mesti jadi pembangkang..baru la nampak real..kalau semua iye je nampak sangat nipunye plak kan..

Last baru tanya bakal mangsa, ajak,paksa,cabar..biar dia nak tak nak terpaksa ikut jugak..kahkahkah…

Bila mangsa dah setuju..misi berjaya..

Lepas tu korang balik dulu,rehat cukup² pasal malam baru game start…

PRANK BERMULA..

  • Bila dah sampai masanya, contoh pukul 12malam..jumpa tempat yang dijanjikan..jangan lupa bawak prop yang diperlukan..
  • Dah masuk rumah atau pondok tu, korang duduk la rapat rapat dan cuma pasang lilin je kat tengah..gelap tu selain bagi mood seram,sebenarnya boleh cover korang dari kantoi gelak tau..hehe
  • Korang boleh start main..tapi sorang pelakon ni mesti belagak kononnya pandai la nak panggil roh ni..sorang pulak kena berlakon tak berapa sihat, yang lain lain ikut je..yang tak sihat tu mesti buat² la tido dulu kat tepi…bila konon²nya syiling dah bergerak kat atas kad spirit, pelakon lain ni mesti buat buat terkejut atau takut.baru la mangsa lagi cuak..dialog skrip pandai² la..hehehe..
  • Semasa main tu pelakon pon mesti pandai buat soalan kononnya boleh bersoal jawab dengan roh..ala macam dalam filem tu..
  • Peringkat seterusnya yang lebih mencabar, ajak roh tu datang rumah atau pondok tempat korang main ni..
  • **contoh macam aku buat..bila dah konon² roh tu dah sampai,dia tak boleh masuk..alasannya ada ayat quran kat depan pondok..so salah sorang pelakon kena tanggalkan dulu ayat quran tu..baru lagi real..**
  • Lepas tanggalkan ayat quran tu tadi, pelakon yang konon tak sihat dan tido tu terus bangun mengejut kononnya roh tadi dah masuk dalam badan dia..hehehe…
  • Kat sini pelakon tu pulak mainkan peranan dia..
  • **semasa aku main dulu, kononnya roh wanita mati kena rogol dan bunuh yang datang..nama dia maisara..hahaha..**
  • Sebabkan roh hantu perempuan,pelakon yang konon kena rasuk ni mesti la berlagak macam perempuan..duduk bersimpuh..cakap lembut..baru real dan peranan yang paling penting buat mangsa takut..ekeke..time ni pon kalau ikut pengalaman aku,mangsa prank dah nak terkencing..ekeke..
  • Cara nak takutkan mangsa lagi,pelakon hantu ni mesti cakap mangsa ni la orang yang bunuh dia..pelakon yang lain² mesti buat² takut jugak..mulut mangsa biasanya akan terkumat kamit baca ayat kursi dan macam macam lagi..hahaha
  • Pendekkan cerita,Lepas dah siap bersuai kenal dengan hantu tipu tu,korang suruh la hantu tu keluar dari badan pelakon sorang ni..tapi masa ni kononnya hantu ni ada syarat sebelum blah..
  • ** macam aku dulu,hantu nak baju dengan kasut member aku ni..kalau tak bagi keluarga mangsa pon dia nak kacau la konon..hahaha..nak tak nak kawan aku ni terpaksa la bukak baju dan kasut dia lepas tu campak dekat pagar macam mana yang hantu suruh..(boleh mintak apa je..duit,hp,boxer,coli dan sebagainya)**
  • Settle ucapkan salam perpisahan, hantu pon konon keluar dari badan..time ni pelakon hantu tu mesti berlakon pengsan balik kejap dan lepas tu bangun terpinga pinga..
  • lepas tu korang cepat² la macam nak balik..konon tak sedap badan la apa la kan..hehe..biarkan je mangsa yang tak pakai baju dan kasut tu blah sendiri dalam kesejukan malam tu…kehkehkeh..korang pastikan dia balik dulu,atau salah sorang cepat² ambil baju dan kasut yang dia tinggalkan dan sorok…
  • lepas tu korang boleh bersurai atau lepak tanpa dia dan gelak beramai ramai..kehekehe…
  • Esoknya kalau mangsa tak demam, dan dia datang port korang lepak,baru la korang bagi balik baju dan kasut tu dan gelakkan lagi beramai ramai..teruskan menganjing sampai penat..sumpah sampai mati dia takkan lupa dan bersedialah kalau dia balik asah parang nak sembelih korang..kahkahakah..

p/s : kejamkah aku?wakakaka…

p/s : prank part2 lebih ganas (coming soon)

 

Advertisements

Tips/tutorial mendapatkan cinta..

assalammualaikum wbt..

Ada sesapa tengah kecewa dalam percintaan sekarang?..cinta anda ditolak?..rilek..jangan putus asa..kuatkan semangat..baca teknik dan tips nak dapat awek/pakwe baru dengan cara jahat atau tersembunyi ni hasil pengalaman aku sendiri..sebabkan aku dah pon kawin, so tak kisah kot kalau aku kongsi cara aku ni dulu dulu nak cari gundik..kahkahakah…

Teknik aku ni sebenarnya mudah je nak paham..konsepnya kita boleh luahkan perasaan kita kat orang yang kita suka tanpa risau dia reject atau kita dapat malu dan korang tetap boleh jadi kawan dia walau apa pon jadi..hahaha..jahat siak..harap jangan salah guna teknik ni untuk jadi player..

Pertama sekali, korang mesti kena rajin berkawan..kalau macam student² lagi senang sebab kompom ramai kawan kat campus ye dak..Bila dah minat seseorang tu atau korang terjatuh cinta kat kawan korang sendiri, korang cuba berkawan dengan dia serapat yang mungkin..time ni korang cuba sembunyikan dulu perasaan tu..cuba jadi kawan dia yang kelakar,nakal dan buat dia seronok dengan korang…

Amaran: Jangan cover hensem atau kontrol ayu,dan jangan cuba jadi orang lain..kalau korang memang jenis pemalu, harap cuba kurangkan sifat tu sebab kurang sesuai dengan teknik aku ni..(spesis nakal macam aku atau lebih nakal memang sesuai)..

Cuba jadi kawan yang caring walaupon dalam masa yang sama korang ni sengal..tak paham?hahaha..susah lak aku nak terangkan typing ni…ekeke..Contohnya macam ni la..korang rajin rajin la tanya khabar dia..kalau dia belum makan, korang ajak la dia makan,kalau dia belum mandi,ajak la dia mandi..kehkehkeh…masa ni dah boleh korang selit²kan teknik kotor yang aku nak ajar ni..hehehe…

Bila korang tak jumpa dia sehari korang mesti rindu kan..hahahaa..call je la dia cakap,” wei, aku rindu la kat kau, tu je aku nak bagitau call kau ni”..cakap style bersahaja dan gelak gelak walaupon korang tengah angau sebenarnya..kehkehkeh..

Selalunya bila korang cakap macam tu 1st time kat dia, mesti dia cakap “eii..geli lak aku dengar kau ni rindu rindu bagai lah pulak “hahaha..standard..tapi korang jangan sentap pulak dia cakap macam tu..kan aku cakap tadi cuba jadi kawan je dulu…bila dia cakap macam tu korang boleh balas balik” ala nak gurau manja ngan kau sikit pon tak boleh,emo la kau ni”..haha..see, korang dapat luahkan walaupon dia nampak macam gurauan..malu pon boleh cover maa..haha..

Teknik ni lebih kepada praktikal..selalu jumpa dan berhubung senang berjaya..macam aku cakap tadi cuba jadi kawan yang buat dia seronok bergaul dengan kita..jenis sengal,nakal,kelakar selalu ramai orang suka..ni kenyataan..tapi berpada pada la nak sengal tu pon..hahaha..Selalunya bila orang dah nampak kita jenis macam tu, pandangan orang selalunya pikir kita bukan orang yang serius..korang cakap la apa pon..”kau ni kelakar la, lawak la”tu je yang dapat padahal korang tengah cakap pasal benda sedih..naya betul..kahkahakah..

Bila dah jadi macam tu, korang dah boleh luahkan je perasaan kat orang yang korang suka tu..jumpa je dia,cakap je terus yang korang suka dia..tapi ayat kena la betul.. contohnya” wei nomi, aku tengok kau ni sweet jugak, sebabkan kau takda pakwe lagi apa kata kita kapel, aku pon dah lama suka kat kau ni, dari sem1 lagi”..hahaha..kalau dia balas “ah merepek la kau ni” tu petanda positif ok..kalau tengok dia agak tak selesa, korang terus je cakap,”rilek la..aku gurau je”..habis citer..selamat kan…hahaha..

Macam aku cakap tadi, korang cakap apa pon diorang mesti ingat korang tak serius..untuk pengetahuan korang, mula² memang la macam tu..tapi cuba la selalu..tengok apa respon dia jugak..bila dia dah seronok dengan kita tak mustahil la dia boleh jatuh hati jugak dengan korang walaupon korang nampak macam tak serius..

Sifu aku dulu ada bagitau, kalau air yang menititik atas batu pon lama lama berlekuk jugak batu tu..apatah lagi papatah kerak nasik kalau letak air lembut jugak dia..kahkahkah..ayat ni merujuk pada perasaan orang yang korang nak try tu la..kalau dah hari hari korang meluahkan perasaan walaupon cara tak berapa serius macam tu, lama lama cair jugak dia..caya la cakap aku..

Kalau dia tetap tak anggap serius jugak bila hari hari korang dah cuba jangan risau.. korang cuba jangan kontek dengan dia buat masa tertentu..masa tu kalau betul korang “best” bagi dia, dia pasti cari korang balik..dia yang akan rindu celoteh, lawak,sengal, dan yang pasti dia rindu nak dengar lagi korang cakap yang korang suka,rindu dekat dia..bila orang tu dah terbiasa setiap hari ada orang caring dengan dia walau dengan cara sengal..bila korang senyap ofcoz dia akan terasa hilang sesuatu beb..so jangan risau, dia mesti cari korang balik..

Bila dah nampak respon baik yang dia pon macam suka korang, time ni korang dah berjaya ler..bagitau la betul² yang korang serius sukakan dia..gerenti dia pon takkan reject korang..kalau tetap dia takda perasaan kat korang, korang teruskan je la berpura pura macam sukakan dia dan kawan macam biasa..tu maknanya korang memang takda jodoh la dengan dia..try la orang lain pulak..hahaha…

So kesimpulannya, tak semestinya bila nampak seseorang tu macam tak serius bermaksud orang tu takda perasaan..kebaikan cara aku ni sebenarnya memang untuk kebaikan semua pihak..macam aku yang penah suka kat kawan aku sendiri dulu, sebab pertama ialah aku tak nak hilang kawan andai aku luahkan perasaan dan kena reject..aku ego tinggi maa..kalau kena reject sumpah malu dan tak mungkin aku nak kawan dengan dia lagi..So cara ni memang sangat friendly,selamat dan gerenti berjaya….selamat mencuba..hahahaha….

p/s : (teknik ni sesuai jugak untuk prank awek/jantan yang poyo)..nak maklumat lanjut hubungi aku..hehe…

Kenapa aku tak join segmen

assalammualaikum wbt..

Untuk entri kali ni aku nak bagi pencerahan sikit pendapat aku mengenai segmen..apa pon maaf la kalau tak sempat singgah blog korang semua pasal minggu ni aku agak sibuk..drawing banyak tak siap..lol..Semalam aku kena tagged untuk join satu segmen oleh saudara pemilik blog everything’s everythings ..huh, ayat skema..haha..sori bro tumpang tanya sikit, nama kau apa?..takda tulis pon kat blog..haha..anyway terima kasih la bebanyak..cuma aku nak mintak maap jugak pasal aku keberatan sikit la nak join segmen ni sebab…..

Okay aku flash back sikit dulu..sebelum ni aku dah pernah tulis entri berkenaan blogging ni dari pandangan aku dan style aku la semata-mata..entri tentang wordless wednesday,segmen,plagiat, komen,etika blogging, dan macam macam lagi la..aku nak bagi link pon dah tak ingat mana satu..haha..boleh cari sendiri kat tab atas tu kalau rajin..hehe..

Cuma kesimpulanya, apa yang aku tulis, tu la apa yang aku ‘buat’ atau ‘tak buat’..contoh macam segmen ni..aku tak paham sebenarnya apa tujuan dia..adakah untuk menaikan ranking, trafik, tambah follower atau sekadar nak glamer?..kalau sebab-sebab ni serius aku kurang berminat..aku blogging bukan sebab tu dan bukan niat aku nak kondem sesapa..cuma aku nak buat pencerahan lagi pada yang terlepas entri-entri aku dulu kenapa aku tak join segmen..sebab utamanya aku tak berminat nak terikut-ikut style orang atau ‘peraturan’ berblogging jenis segmen ni..

hiasan je..hehe

Etika aku blogging tetap etika yang aku jaga..peraturan yang aku maksudkan ni pulak contohnya macam segmen la..apa yang buat aku tak berminat nak join sebabnya bila nak join kene buat entri la, like pages itu ini la, wajib jadi follower la..hahaha..banyak betul permintaannya..so apa keuntungan untuk orang yang join?aku tak jelas hal ni..kalau sebab-sebab macam yang aku tulis kat atas tu, takpa la..haha..tapi yang pastinya orang yang buat segmen yang untung lebih beb..tak caya, tanya brader taf taf..kehkehkeh..

Aku ni dah la cetek idea nak menulis..bila disuruh menulis samting yang bukan style aku..terus blurrr..hahaha..(FB page pon dah banyak buat camni sekarang..admin bangang nak buat perkongsian tapi dia sendiri linkkan pages lain..nak bukak video atau link tu, dah kene ‘like’ lagi)watdehel..aku boleh bagi seratus ‘like’ la kalau aku suka..ni belum tengok dah suruh like..kes-kes camni aku biasanya aku pangkah je..nak buat perkongsian tapi tak ikhlas..kena LIKE paksaan dulu pulak.puii.hahaha….

So harap korang paham la apa aku terangkan ni..aku tak suka terikat dengan benda remeh temeh ni.. nak-nak pulak terpaksa buat macam-macam sebabkan nak join..hahaha..harap maklum, even aku tak join segmen yang korang buat atau support tagged yang korang bagi kat aku,bukan bermakna aku sombong, kita tetap kawan maa..aku tetap akan terjah blog korang tu..sokongan cara tu je aku mampu bagi..

Haa, lagi satu pasal wordles wednesday tu.sampai sekarang aku masih takde jawapan lagi siapa pencipta wordles wednesday..haha..tu la korang, tau ikut-ikut orang jer..aku tanya siapa pencipta wordless wednesday?sejak bila adanya wordless wednesday?..sorang pon tak tau..kehkehkeh..harini dah khamis..ada ‘spontaneuos thursday’ plak..so mohon la sapa-sapa yang tau soalan aku yang sama, mohon kongsikan la ilmu pada aku yang noob lagi naif ni..ahaks….

p/s : bagi 5 sebab kenapa aku kena follow beliau..soalan ni pon masih takde jawapan..kehkehkeh…

Tips busuk dalam rumahtangga

assalammualaikum wbt..

Seseorang yang lebih usia atau yang lebih tepatnya berpengalaman selalunya diungkapkan dalam perumpamaan “lebih dulu makan garam” atau bermaksud lebih dulu la akan kena darah tinggi..okay tu aku merepek je..abaikan.. kehekehkeh..tak payah aku nak terangkan pasal tu pon rasanya..peribahasa perumpamaan tu dah jelas..bukan macam yang aku terangkan sebelum ni  LINK..

Cerita pasal pengalaman..sejak aku kawin tahun lepas, ada seorang brader ni suka sangat cerita pasal pengalaman dan berkongsi tips dia dalam berumahtangga ..maklum lah usia dia pon dah nak masuk 50an..mungkin dia ikhlas nak berkongsi atau sekadar nak eksyen sebab dah lama berkahwin aku pon tak pasti..masalahnya tips pengalaman yang dia kongsikan tu bagi aku annoying dan busuk..

Bukan aku tak respek orang-orang lama ni..tapi bukan semua  pendapat orang lama tu boleh digunakan..tak kira la dia makan garam ke, kunyit dulu ke..usia, pengalaman dan peribadi setiap orang berbeza..tak semestinya usia tua, luas pengalaman dan tak semestinya jugak muda tu kosong..nak pulak kita pon dah ada pengalaman tu sendiri..boleh compare sendiri kan..

Pertama sekali kenapa aku cakap tips dan pengalaman dia tu annoying..sebab utamanya..dia cuma ada 2  tips je pon sejak aku kenal dia..sembang macam profesor..kehkehkeh..dari aku start kawin sampai sekarang dah lebih 50 kali kot aku dengar dia cerita tips yang sama tu je berulang-ulang..adehh..sebabkan aku respek dia tua, aku dengar jugak la, buat-buat macam 1st time dengar walaupon lepas ni kali ke 51 dan seterusnya..demmit..

Minggu lepas member opis aku ni pulak baru berkahwin..perkara annoying ni bersambung pulak dengan member aku ni..adehh.kalau sebelum ni tips tu di tujukan kat aku, tapi sekarang member aku ni pulak yang kena..benda yang sama jugak..kahkahkah..dah la sebelum dia kawin dulu, dia pon dah selalu dengar masa lepak dengan aku, sekarang dia kena sendiri dan aku pulak terkongsi lagi dengar..fuuufuuuuu..

Salah satu tips dia bagi aku takda apa yang rare pon..semua orang tau..dia cakap kalau gaduh camna pon jangan la sampai lepas talak..lol..benda ni general je pon..tak perlu la nak cerita kat aku 50 kali kan..hahaha.dah la sebelum dengar tips tu kena dengar dulu cerita mukadimah yang sama jugak.so maksud aku yang annoying tu sebenarnya bukan la pasal tips dia tu..tips tu bagus, tapi yang aku tensen sebab dia bercerita banyak kali benda yang sama..nak sound orang tua..grrr…

Berkenaan yang tips aku cakap busuk tu pulak, aku memang mengklasifikasikan tips dan pengalaman dia tu “BUSUK”..tanpa kompromi dan maksud tersirat..tips busuk yang sesuai untuk orang yang pengotor dan tak reti jaga kebersihan diri..mungkin korang tak kenal dia sapa..tapi dari apa yang aku tengok, sesuai la kot tips tu dengan orangnya..kehkehkeh…

Aku tak pasti dia buat teori dia sendiri dan bini dia macam apa yang dia sendiri katakan atau memang fakta sebenar..perasaan aku bercelaru dan asik menafikan..betul ke bini dia macam tu..haha..bagi aku cukup la dia seorang kalau nak busuk dan pengotor..haha…boleh ke korang terima tips lepas balik kerja petang ni jangan mandi, lepas magrib je baru mandi..nak pulak jenis dia kerja kat luar berpeluh-peluh..dengan busuk kuat hisap rokok lagi.dia kata bini suka bau peluh laki masa tu..kalau balik kerja bini dia suka peluk cium dia yang busuk masam daki berkerak tu..puiiih…

So maksud dia jangan mandi tu bagi la cukup-cukup dulu bau busuk tu kat bini coz bini suka..kahkahkah..

aku pangkah,bangkang,tolak mentah-mentah tips busuk ni cuma aku boleh iyekan je la depan dia..dalam hati teringin nak bangkang tapi boleh jadi memalukan dia plak nanti dengan hujah aku dan mungkin jugak dia tak nak kalah..so aku iyekan tak bererti aku terima kan..yang kelakarnya dia beriya suh aku amalkan camtu..demm u..ingat semua orang macam dia ke..hahahaa..

Aku siap tanya bini aku sendiri ada ke pompuan camtu,haha..dia no komen..tapi yang pasti bini aku tak macam tu..aku yang jenis bersih, wangi, suci, kerja kat opis tanpa peluh pon aku rasa nak mandi bila balik kerja..aku lambat sikit mandi dah kena marah..haha..t-shirt aku baru pakai 2 kali untuk tido malam pon dah bising padahal baju dalam rumah je..korang paham kan bau badan dengan bau busuk peluh,asap rokok tu berbeza..camna dia cakap bini dia suka tah..aku kenot brain..kehkehkeh..firasat aku sebenarnya rasa dia syok sendiri macam tu padahal bini dia sebenarnya terseksa bau dah macam bangkai..kehkehkeh..

Setahu aku deria hidu bini ni serasi dengan bau badan laki dia jela..bau busuk tak mandi, busuk peluh, bau asap rokok, takkan serasi jugak?..pengotor je aku boleh katakan..kehkehkeh..bau badan setiap orang berlainan dan bau tu jelas bila korang  lepas mandi..bukannya bau peluh masam tu…wekk..kalau korang rasa tips dari brader yang aku ceritakan ni boleh jadi pengerat rumah tangga..korang cuba la ye..kahakahkah..

Dalam Islam pon menggalakkan kita bersih dan berwangi-wangi..tak tau la kalau ada jenis yang suka kotor dan busuk-busuk’an ni..kehkeh..pendapat dan citarasa kita tak sama ye dak..So dalam entri ni aku nak research la sikit tentang hal ni..mohon korang semua bagi pendapat tentang tips tu, mana la tau korang setuju dengan dia..kalau ada pengalaman sendiri dengan laki/bini korang lagi bagus..meh kongsikan dengan aku..

 

p.s : bini aku cakap, kalau nak tau orang tu pembersih ke dak, check toilet atau bilik air rumah dia..

 

 

 

Mentaliti sempit pemikiran

assalammualaikum wbt..

Sebelum ni aku ada buat satu entri berkenaan mentaliti sesetengah orang kita yang menjengkelkan (LINK) ..kali ni entri aku berkenaan mentaliti jugak, tapi tak la benda yang buruk lagi..hal ni disebabkan kurang mengkaji dan cepat terpengaruh dengan pihak yang pandai mengambil kesempatan..Kali ni agak islamik sikit la ye..islamik yang berkaitan dengan mentaliti..aku tak nak sentuh bab-bab berat pon..cuma lepas aku banyak merujuk dari ustaz aku..boleh la aku kongsikan sikit untuk kita sama-sama pikirkan bersama..

Pertama sekali aku takda niat nak tujukan entri aku ni untuk peniaga yang menjual produk dengan nama islam tu ye..nak bincangkan hal tu panjang lebar lak nanti..hehe..terpulang la..tapi sebagai pembeli aku nak kongsikan kat korang jangan terlalu cepat terpengaruh dengan marketing sesuatu produk tu tanpa kajian..bisnes tu sunnah, tapi ramai yang bisnes main langgar je kan..hahaha..

Cakap pasal sunnah, ada satu perkara ni memang sunnah nabi..minum/makan madu lebah..dalam al-quran pon ada menceritakan pasal madu ni,(ustaz cakap) jujurnya aku tak tau dalam surah apa..hehe..apa pon yang penting korang semua patut tau lah yang madu ni memang banyak khasiatnya..


Tentang hal mentaliti tu pulak..kebanyakkannya orang sekarang mudah terpengaruh dengan produk berkaitan islamik dan sunnah contohnya macam madu tu la.Madu kat sini atau madu tempatan dikatakan tak sebagus madu yaman..kenapa madu yaman bagus?..sebab dulu nabi minum madu dari yaman..so ramai orang percaya madu yang nabi minum tu bagus..ofcoz, dan tak dinafikan..

Tapi mengikut kata ustaz aku yang banyak mengkaji tentang perubatan secara islam ni dan salah satu kajiannya berkaitan madu..mentaliti tu kena di betulkan..ramai orang kita terpengaruh dengan strategi pemasaran yang mengatakan madu tu yang terbaik..tapi sebenarnya pemikiran kita telah disempitkan dengan marketing tu yang sangat berjaya..

Ustaz cakap Allah SWT dah jadikan tanaman dan haiwan-haiwan yang ada sekeliling kita la yang paling berguna dan sesuai dengan kita..kenapa madu yaman pulak yang bagus untuk kita..jauh sangat tu kat semenanjung tanah arab..sebagai contoh kesesuaian tu bab durian la..cuba tengok orang arab atau mat salleh makan durian,badan dah besar gajah, tapi mau panas satu badan walaupon makan seulas, padahal kat sini adik kita yang umur 4 5 tahun selamba je bantai sebakul durian..kehkekeh..

Jadi tentang persoalan minum madu yaman tu bagus, kita ambil dari sudut keberkatannya la kata ustaz..apa yang nabi minum, makan tu semua bagus..tapi kalau nak dapatkan pahala ikut sunnah nabi, minum madu apa pon tetap sunnah dan baik untuk kita..kalau mengikut kajian perubatan islam dari ustaz tu pulak..madu-madu yang terhasil dari kawasan kita sendiri lebih sesuai dan baik untuk kita..jangan sempitkan sangat pemikiran tu..

Udara dan pokok-pokok tempat lebah mencari madu kat sini dah tentu Allah SWT ciptakan paling berguna untuk kita.jadi kenapa perlu ambil yang mahal dan dari jauh..kita pon ada..untuk pengetahuan korang, madu yang paling ori adalah madu yang diambil dari sarang lebah yang bukan lebah bela..dari situ kita boleh tengok beza kualiti madu..so adakah madu yaman tu madu yang terhasil dari lebah liar?dah tentu la tak..kat sana industri penghasilan madu sangat maju coz permintaan yang tinggi..nak jumpa madu asli lebah liar yaman..tak mungkin..lagipon madu tu terhasil bukan dalam suasana kita…

Untungnya kita kat sini, dalam lambakan madu-madu dari merata tempat, kita masih boleh jumpa madu yang tak kurang hebatnya dan lebih sesuai untuk kita..madu tualang atau madu lebah liar masih senang nak dapat walaupon tak dijual di pasaraya..pegi cari kampung orang asli atau kampung yang pendalaman sikit mesti ada..yang terbaik walaupon madu cap ayam katik.percaya la, Allah SWT tu adil turunkan rahmat untuk semua walaupon kita bukan orang arab..madu kita untuk kita..support your local brand..hehe..

Satu lagi mentaliti orang kita yang mengatakan makan nasi boleh menyebabkan kencing manis sebab banyak kolestrol dan kanji..So syarikat luar ambil la kesempatan buat marketing suruh kita tukar dari makan nasi ke makan roti atau bahan asasnya gandum..Ramai la pakat tak nak makan nasi sebab pikirkan penyakit..bukankah tu bermakna strategi pemasaran tu dah berjaya atas mentaliti kita yang kurang berkembang..haha..

Kalau pikirkan balik, tok nenek kita dulu elok je makan nasi..susah orang dulu nak dapat penyakit kencing manis yang kita dah pegang ranking no 1 dunia ni sekarang..haha..”tapi doktor cakap macam tu bro, dia tak bagi makan nasik”..haihh.memang la doktor tak bagi makan nasik sebab penyakit tu dah ada..lagi banyak makan, lagi la naik penyakit tu..pointnya sekarang nasi tu bukan penyebab..orang salah anggap nasi tu pulak bawak penyakit..

Tentang hal ni sama jugak la macam madu yang aku tulis atas tu..mentaliti kita dah di manipulasi untuk melariskan sesuatu produk..kenapa Allah SWT bagi padi tumbuh kat sini tapi bukan gandum? adakah Allah SWT bagi padi, nasi untuk kita sebab nak turunkan penyakit?.kita sendiri yang cari penyakit tu ada la.makan manis tak ingat dunia..haha..takda apa yang salah dan kurang pon dalam perancanganNya..So bersyukur je lah..

 

 p.s : cara nak pastikan madu asli ke tidak…”kalau laki bawak madu balik rumah, tetiba bini mengamuk..sah tu madu asli”..kehkehkeh…

 

 

Varginity seorang lelaki..

assalammualaikum wbt..

Petang semalam dalam boring-boring tak tau nak buat apa, bini aku ajak keluar jalan-jalan detim kat Tasik layang-layang Kepong..mulanya aku ingat nak pergi derma darah tapi aku tetido pulak tengahari tu..bangun-bangun je dah pukul 4.00..dah terlepas pulak masa buat derma tu..kehkehkeh..

Masa aku lepak kat tasik tu tengok orang main layang-layang, tiba-tiba aku dapat idea nak buat satu entri..pasal kapel-kapel ni..hehehe..maklum la kat sana tu terlampau ramai kapel kapel yang aku nampak..macam-macam ragam ada..tapi aku lebih suka tengok yang muda-muda ni la..yang buat aksi lebih dari laki bini pon ada, yang nampak noob je pon ramai..kehkehkeh..

Lokasi : Taman layang-layang metropolitan Kepong

Entri ni sebenarnya lebih untuk pengetahuan perempuan la ye..info untuk bagi korang teliti sikit sikap bf korang tu macam mana..dari yang aku nampak dan memang yang pernah aku alami sendiri..lelaki ni sebenarnya ada sifat yang dapat dibezakan antara lelaki yang dah kawin dengan yang masih teruna(teruna belum kawin tu biasa..tapi susah bezakan dengan lelaki belum kawin tapi ‘tak teruna’ ni kan)..hahahaa..

  • First.. lelaki suci ni sebenarnya kalau korang nak tau, diorang ni pemalu sikit dengan perempuan.serius aku cakap..hahaha..kalau tak caya cuba korang carik sorang mangsa atau bf korang la..pastu buat aksi gatal sikit..tengok mata dia dalam-dalam pastu gigit bibir sikit aku kompom dia akan tersipu-sipu malu..hahaha..beza kalau buat kat aku, aku rilek je..takpon aku layan balik buat aksi gatal tu tengok sapa kalah..kahkahkah…
  • Lelaki tanpa teruna ni lebih tertarik dengan bonjolan-bonjolan di tubuh wanita..hahaha..kecantikan bagi lelaki ni lebih bermakna jika lebih besar bonjolan tu.eset tu akan melengkapkan lagi kecantikan wanita tersebut pada pandangan dia..berbeza lelaki teruna, mereka lebih melihat wajah..lelaki teruna tidak berapa ambil kisah hal bonjolan tu..sikit tu ada jugak..hahahahaa..
  • Lelaki teruna biasanya memang lebihkan gf dari kawan-kawan..hahaha..tak caya cuba ajak bf korang tengok wayang walaupon korang dah tau dia ada game futsal haritu..walau sesibuk manapon lelaki teruna,sebolehnya dia takkan kecewakan gf dia..
  • Semua pon ada laman sosial kan..tak kira fb atau twitter..kat sini pon boleh tengok sifat lelaki teruna ni..hehehe..diorang ni selalunya suka mengexpos pasal gf diorang ni..tak kira la awek dia rupa macam apa pon..dia tetap akan rasa gadis dia tu lebih cantik dari orang lain..terlebih mengagung-agungkan la senang citer..hahaha…

*satu lagi bonus aku nak bagitau.. kalau korang bergaduh dan lepas tu bf korang post kat wall fb atau twitter..

“sedih la, harini saya gaduh dengan gf ,takda selera nak makan 😦

kalau dia buat status macam ni.. aku kompon dia seorang teruna sejati..lelaki takda teruna buat sempoi je rilek-rilek main dota atau poker kat fb tu walaupon tengah gaduh dengan awek..kehkehkeh..

  • Lelaki teruna dikatakan agak membosankan dan nerd..betul ke?kehkehkeh..ada la sikit kot..tapi depent jenis orang tu gak la..kalau dia memang spesis tak reti diam atau memang kecoh, kelakar, takda la bosan sangat kan..hahaha..maksud yang nerd tu aku rase dari segi lelaki teruna ni lebih kemas menyusun ayat bila bercakap dengan perempuan..so nampak sangat control hensem dan sangat tak cool ok..hahaha..berbeza lelaki takda teruna ni, mereka akan bersikap open mainded je dan kepala sempoi..hahaha..
  • Last sekali, lelaki teruna ni memang pandai cover line..mungkin disebabkan faktor pemalu jugak macam yang mula-mula aku bagitau tadi..contohnya kentut..lelaki teruna takkan sesekali nak kentut depan gf dia..kalau nak terkentut dalam kereta contohnya mesti cepat-cepat bukak tingkap dan kepit bagi kentut tak kuar bunyik..hahaha..lelaki takda teruna sebaliknya..kentut je dengan yakin..bila dah kentut tu, selamba je terus cakap kat gf dia..”wangi tak kentut i”..kehkehkeh…

aku sure mamat ni teruna lagi..hehe..lama aku tengok gelagat dia..awek dia pulak yang buat rilek je…rambut awan nano beb..kehkehkeh..

Tu la sikit sebanyak yang aku boleh kongsikan untuk korang..rasanya banyak lagi kot perbezaan tu yang boleh dibongkarkan..nak lagi pasti lelaki tu lelaki teruna atau jalang, check wallet dia..kalau dalam wallet dia ada kondom..aku kompon virginity beliau telah diragut..kahkahkah..

p/s : nak jadi lelaki cool? hilangkan lah teruna anda..hahahaa..

Lelaki nakal lebih diminati..

assalammualaikum wbt..

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih atas ucapan tahniah korang semua kat aku dengan berita gembira yang aku tulis entri lepas tu..alhamdulillah bini aku dah mengandung lebih kurang sebulan lebih rupanya lepas check semalam..haha…dan maaf untuk yang terasa hati..aku paham perasaan orang yang belum ada rezeki nak dapat anak ni..sabor je la.

Aku paham sangat sebab dah setahun lebih kawin baru ada rezeki nak dapat anak ni..adik aku yang lewat lagi dari aku berkawin pon dah dapat anak..lebih sadis, bulan lepas masa buat kenduri aqiqah untuk anak adik aku tu, bini aku terlibat sama la masa acara cukur jambul..sedih pulak tengok bini aku tiba-tiba mata dia masuk habuk..last-last dia lari pegi dapur..adehh..tu salah satu la dari kejadian mata masuk habuk..banyak lagi sebenarnya..nanti kalau korang dah kawin, andai kata lambat untuk dapat zuriat melainkan merancang, korang paham la apa aku cakap ni…

Macam apple cakap, lepas ni boleh la post entri yang ada ciri-ciri kebapaan..kehkehkeh..Sori la apple..aku langsung tak berminat nak tulis pasal hal-hal kebapaan atau lebih-lebih lagi tentang personal nak jadi bapa ni..haha.kalau nak tengok blog berciri kebapaan atau lebih tepat mr mama ni..korang leh tengok blog brader taf-taf je la..korang tau kan sapa..dah macam blog pompuan aku rasa..kehkehkeh…


Okay, tu sekadar intro je..bukan hal tu yang aku nak tulis sebenarnya..entri kali ni kira macam entri kesinambungan la dari entri TIPS MENDAPATKAN CINTA-SPECIAL EDISYEN yang aku penah tulis dulu..hehe..sebabkan tips tu berkesan untuk jenis-jenis nakal..ni aku nak tulis lagi tambahan alasan kenapa cara tu berkesan selain selamat..walaupon entri ni macam untuk bacaan lelaki, tapi sebabkan majoriti perempuan yang baca blog ni, boleh jugak aku rasa amik dari sudut umum..

 Sesetangah perempuan berpendapat lelaki nakal lebih menarik dari lelaki skema..maksud lelaki nakal ni jenis yang suka buat perkara yang buat perempuan tertarik macam suka buat lawak, buat kejutan atau sebagainya la..bukan la nakal buat jenayah tu…ciri-ciri lelaki nakal yang buat perempuan tertarik ni biasanya boleh nampak dari segi…

LELAKI NAKAL LEBIH YAKIN..

  • Sebabnya, lelaki nakal tak kisah pandangan orang lain pasal dirinya..nak cakap dia ni playboy ke, kaki perempuan ke, dia peduli apa..haha..pandai mengorat dah pasti..cakap ikut suka dan tak takut mendekati perempuan..lelaki baik atau skema ni,akan teragak-agak nak dekat dengan perempuan..terlalu banyak pikir..kehkehkeh..

LELAKI NAKAL LEBIH PANDAI BERKOMUNIKASI

  • Lelaki nakal sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tak bosan berbual dengan mereka..pandai bercerita dan berbual topik yang seronok..lelaki skema pandai citer pasal buku, pelajaran, politik yang korang dah tau memang bosan kan..hahaha..

LELAKI NAKAL SUKA CABARAN

  • Cabaran ni sebenarnya ada dalam banyak jenis..ada yang jenis suka jadi hero..tapi ok la tu..perempuan memang sukakan lelaki yang bersifat hero ni..ye la..untuk jaga dia jugak..haha..cabaran dari sudut aku pulak lain..tundukkan keegoan perempuan yang jual mahal tu pon cabaran..hehe..

LELAKI NAKAL ROMANTIK 

  • Ni subjektif sikit..pasal aku ni nakal tapi tak romantik pon.sikit-sikit tu boleh la..kahkahkah..tapi romantik tak bertempat tu bagi aku ciri-ciri skema pon ada..lelaki nakal ni sempoi-sempoi je la..tak terlalu jiwang dan tak terlalu kasar..yang penting pandai la amik hati perempuan..

LELAKI NAKAL PANDAI BERGAYA..

  • Of coz la..lelaki nakal ni je suka ikut tren dan up to date..korang tengok budak-budak nakal kat Bukit Bintang atau KLCC tu..melaram bukan main lagi..awek tiap-tiap minggu boleh tukar..nak buat camna kan..ciri-ciri yang aku tulis kat atas ni semua ada, senang la buat perempuan nak jatuh hati kat dia..hahaha..

 

Korang yang berjantina perempuan  ni setuju tak dengan statement ni..Lelaki nakal ni senang menambat hati wanita?..baik korang setuju..kalau tak, aku anggap je samada korang ni forever alone atau pon jenis skema jugak..kehkehkeh..ok jangan serius sangat..

p/s : Lelaki nakal macam ciri-ciri kat atas ni besar kemungkinan jugak bukan Lelaki Teruna.(LINK).. sebab lelaki teruna agak membosankan..kehkehkeh..

Etika menulis dan blogging

assalammualaikum wbt..

Sebelum rancangan tv bodoh kesukaan aku start pukul 10 malam tadi, aku main-main la dengan remote astro tu tukar-tukar siaran..terpasang pulak rancangan ‘Awallagi’..talk show bersama Awal ashaari..sebelum aku nak tukar ke rancangan lain, keluar pulak sedutan pasal vlogger Mat lutfi, dan kisah artis dengan blogger untuk rancangan tu..terus aku stay dulu..hehe..

Dalam rancangan tu Hamzi blogger Rotikaya.com dijemput..nak tambah lagi dramatik, Wan shades yang kena fitnah dengan Rotikaya tempoh hari pon ada sama..kehkehkeh..kesimpulanya dalam rancangan tu blogger kena bantai la dengan artis pulak..padan muka..ni asik blogger je bantai artis dalam blog, tak fair la kan..haa, hamekaw..kehkehkeh..

So lepas tengok rancangan tak best tu aku teringin la cakap sikit pasal blogging ni..terutama untuk blogger yang bajet-bajet konon nak jadi wartawan hiburan ni..Rotikaya,dengan beautifulnara tu tak termasuk..diorang dah pemes..tapi tengok la,walaupon dah pemes, kena wat slack sekali, silap-silap makin senang kena saman..kehkehkeh…

Aku rasa mulia lagi scammer MLmers dari blogger yang menjaja fitnah ni..kehkehkeh..sebabnya menipu dalam MLM tu tak mengaibkan orang dan tak buat fitnah..kehkehkeh..kesian plak aku tengok muka wan shades tu..tak pasal-pasal buruk nama dia..aku tak la sokong artis pon..tapi sebagai seorang blogger jugak, takkan korang takda etika nak menulis story kat blog tu..haihh.kesian orang yang jadi mangsa..

sekadar hiasan

Dulu aku penah sebut sekali dalam entri, tentang etika aku dalam menulis blog ni. LINK ..walaupon blog picisan dan sampah je..aku tetap ada etika sendiri..tapi kepada blogger-blogger yang suka jadi wartawan hiburan dalam blog ni korang sepatutnya lebih tau etika-etika menulis tu..mentang-mentang blog sendiri, takda editor yang semak tulisan korang, jangan la suka-suka sangat cerita pasal artis tu artis ni..nak pulak benda yang mengaibkan..dah tu tak jelas sumber dan mendatangkan fitnah…tak baik beb..

Nak jadi blogger hiburan tu study la dulu ok..tengok contoh-contoh yang pernah jadi kat blogger-blogger yang kena saman..tengok mana silap diorang..tak pasal-pasal je kan..satu lagi yang jenis copy paste plak entri-entri panas tu..blogger 1st ni dah buat citer fitnah, blogger 2nd tolong lagi sebarkan fitnah tu dan seterusnya bercopy paste pada orang lain..huh..kalau rosak periuk nasik artis tu, kira korang dah terlibat sama la memfitnah tu, tau tak!..(takda kaitan dengan encik kopipes ok)..hahahaa..

Aku paham, korang nak pemes cepat dalam blogging, pilihan pertama haruslah jadi blogger hiburan..buktinya Beautiful nara still blog no 1 kat malaysia..ramai orang malaysia ni suka hiburan..kisah artis, gosip, artis gaduh, artis seksi, video sex artis, artis mabuk..memang laris..tapi kalau korang tak kisah hukum makan sumber income yang korang dapat dari blogging untuk sebarkan benda-benda tu, terpulang la..lagi satu harus jadi kental macam Hamzi Rotikaya tu..

Artis saman..bersedia je la..income masyuk banyak beb sebarkan fitnah ni,traffik tinggi..apa ada hal…dah tu selamber je bagi statement “kalau tak berani terima risiko kehidupan sebagai artis, jangan jadi artis”..hahahaha..lebih kurang la camtu ayat dia..kental gila….adakah korang yang baru berjinak-jinak nak jadi blogger hiburan ni boleh sekental dia?..kalau boleh, korang pasti berjaya..hahaha…tapi kena entri asli la beb..setakat ciplak dari Rotikaya atau Beautiful nara apa barang..Beautiful nara sendiri pon selalu kena bahan sebab ciplak news dari forum dan tak bagi kredit..papetah..asli lagi entri-entri aku..kehkehekeh..

p/s : etika aku tetap macam dulu jugak..”ikut suka hati “tu tak dikira etika ok..haha